Seni Doodle telah diperkenalkan sebagai salah satu aliran seni bersifat umum serta idea kreatif yang diterjemahkan secara spontan dalam bentuk lukisan. Motif lukisan selalunya terdiri daripada landskap, watak komik, televisyen, corak geometri dan organik serta abstrak dan apa sahaja yang terlintas difikiran.
Program untuk menghasilkan rekod lukisan seni Doodle terpanjang di Malaysia adalah hasil cetusan idea daripada pensyarah-pensyarah Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual (JRKV), Politeknik Muadzam Shah yang juga merupakan salah satu IPTA dan satu-satunya politeknik yang menawarkan program seni kreatif sekaligus dapat memperkenalkan JRKV dan PMS secara tidak langsung.
Lukisan seni Doodle terpanjang ini juga merupakan kajian lapangan pelajar-pelajar JRKV bagi kursus Fundamental of Art & Design, Fundamental of Drawing dan Illustration.
Selain daripada itu, program ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama yang lebih erat dikalangan bakat-bakat muda iaitu pelajar-pelajar JRKV sendiri dengan para pensyarah dalam berkongsi idea sepanjang proses penghasilan lukisan seni Doodle terpanjang ini.
Program seumpama ini juga diharapkan dapat meningkatkan nama PMS dalam melahirkan dan seterusnya menggilap bakat-bakat muda yang bakal menyumbang dalam industri kreatif khususnya di Malaysia.
No comments:
Post a Comment